Saturday 29 December 2012

Baby boy arrival

Alhamdulillah.. Finally i meet my baby boy after carrying it in wombs for 37 weeks 5 day.
Deliver at Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas on 28th December 2012, 516pm with weight 2.95kg.

Bye.
Take Care.

Tuesday 25 December 2012

Beli barang sekolah

Beli barang sekolah

Siang tadi gigih aku berjalan ke KK untuk beli barang-barang sekolah my Iful.
Jalan dari rumah jam 2 gitu sampai jam 7.
Lama juga padahal dah bajet tak nak lelama.
Shopping complex sesak sesangat.
Rasa nyesal juga jalan hari ini. Tapi kalau tak jalan hari ini,alamatnya takde dah masa sesuai untuk beli barang sekolah.
Rabu next week sekolah start dah.
Nak jahit lencana kat baju lagi.
Makan masa juga bagi aku yang lembap dalam bab jahit menjahit nie.
Dah boleh bernafas lega lepas dah beli barang sekolah my Iful.
Esok kena gi sekolah kebangsaan untuk ambil buku teks.
Dan esok juga aku ada review di KKIA.
Harap result paras hb aku normal dan ada peningkatan.
Jumaat kena gi sekolah kebangsaan lagi untuk beli buku kerja.
Minggu ini kira minggu paling sibuk bagi aku.
Kerja opis aku dah tak risau sangat.
Dah serahkan kepada pengganti aku.
Alhamdulillah.

Bye.
Take Care.

Monday 24 December 2012

Selamat hari krismas

Selamat hari krismas

Selamat hari krismas buat yang menyambutnya.
Ketika ini aku di dapur menanti kek kukus oren aku masak.
Harumnya oren semerbak.
Harap rasanya pun tidak mengecewakan ;P hehehe
Ini kali pertama aku try kukus kek oren.
Guna resipi kek oren yang sebelum ini aku bakar.
Ala yang berkerak tue sampai naik segan aku nak tangkap pic. hahaha
InsyaAllah kali ini aku nak share pic kek kukus oren ini.
Tak cantik pun takpe. Janji rasa sedap.
Eh eh puji diri sendiri plak.
Yang pasti bukan malam ini aku share pic dan resipi ya.
Tunggu hari rabu, update kat phone ja nie.

Bye.
Take care.

Sunday 23 December 2012

23.12.2012

23.12.2012

- Hari ini 37 minggu dah usia kandungan aku. Belum ada tanda-tanda baby nak keluar. Maybe dia nak keluar on new year's kot ;) hehe

- Semalam first time try baking orange cake. Jadi! Tapi berkerak, maybe terlebih bakar :P Apa pun habis juga dimakan. Kerak pun dimakan juga. hahaha
Nanti nak try kukus punya. Mesti lagi moist.

- Rasa penat sangat. Tapi tak boleh tidur di siang hari. Nak tertidur dah, my Iful kejutkan. Nak sambung balik tidur dah tak boleh. huhu

- Esok nak kerja lagi. Kalau ikut hati,nak je apply leave awal. Tapi nanti tak puas plak bermanja dengan baby time cuti berpantang nanti.

Bye.
Take care.

Tuesday 18 December 2012

18.12.2012

Tajuk aku letak date hari ini ja.
Tak tahu nak letak tajuk apa lagi.
Lagipun aku mahu update random ja nie ;P

1- hari ini aku dah masuk 36 minggu 2 hari. serius rasa scary plak. kawan sekolah aku yang sepatutnya due date 16 Feb dah selamat melahirkan pada 16 Dec yang lalu. dapat tahu pun melalui fesbuk. aku plak belum lagi. huhuhu

2- kemarin aku ke KKIA untuk temujanji dengan doktor. doc scan bagitahu baby dah turun ke bawah. bila rasa fetal movement kurang, ada tanda-tanda bersalin kena gi hospital. sekarang nie aku dah mula rasa ngilu kat "bawah" bila berjalan. malam plak, perut mengeras semacam je. nak tukar posisi tidur pun payah. nasib baik my iful ada jadi pembantu untuk tolong bangunkan aku. hehehe. doc bagitahu berat baby 2.6kg, lagi berat dari my iful. terus seriau bila dengar.

3- barang-barang baby untuk newborn aku beli sedikit ja. nanti baby dah keluar baru tambah lagi mana-mana yang kurang. ada lagi barang yang aku belum beli. coz rasa macam tak perlu. tapi hubs nak juga beli. so, tunggu income masuk baru beli. breast pump pun belum beli lagi :(

4- beg untuk ke hospital aku dah packing. tapi belum semua lengkap. ada benda yang aku kena tambah dan kurangkan. nak bawa 1 beg je. tak nak asing-asing, campur je barang baby dan barang aku.


++ 36 weeks. photo taken on 16 Dec ++

Bye.
Take care.

Friday 14 December 2012

35 minggu 5 hari

Lamanya tak update blog. Last update pun 7 Dec lalu.

Rindu nak coret-coret kat blog.
Tapi tak tahu nak update apa?! 
Asal buka "new post" terus lupa nak update apa. Otak pun blank :'(
Anyway, my baby dah masuk 35 minggu 5 hari hari ini :D
Berdebar saat menantikan kelahiran.
Tapi beg ke hospital pun belum packing lagi :P

12/12/12 rabu yang lalu aku ke KKIA untuk antenatal check up.
Paras hb aku still low lagi. 10.7 je.
Tak tahu nak buat camne lagi untuk bagi paras hb naik.
Fed up dah jaga makan/ minum. Lantaklah, nak jadi apa.
huhuhuhu

Isnin nie kena jumpa doc. Harap bila scan nanti, kepala baby dah engaged.
Sekarang nie pun rasa macam tak larat dah. Tapi masih gigih berjalan ukur mall :P
Berjalan pun boleh cepatkan proses pelahiran kan?! [betulkan saya kalau silap]
Braxton hicks contraction pun dah mula aku rasai. 
Bila berjalan rasa sakit kat ari-ari. Tapi masih boleh tahan lagi.
Harap-harap sangat baby keluar bila aku dah siap sedia barang-barang sekolah abangnya [my iful].

Bye.
Take care.

Friday 7 December 2012

37 days to go

How time flies fast, its December already.
And 37 days to go until my due date. #nervous
hahaha.. tetiba introduction english plak :P
Sebenarnya rasa berdebar sangat, 16 nanti aku dah 36 weeks aka 9 bulan.
Pengalaman bersalin dulu memang awal.
Hope baby kali ini juga awal dan cepat proses kelahirannya macam my previous experience.
Jantina belum conform 100%. Ada cakap boy, ada cakap girl.
Mine, mana-mana je janji sihat walafiat, cukup sifat. Alhamdulillah. Amin.
Happy weekend. Enjoy your weekend with loved ones and family.
Most important stay healthy and be grateful for who you are, what you have etc.
Appreciate everyone in your life ;)
#tetiba mood bersyukur

Bye.
Take care.

Wednesday 5 December 2012

Malware detected

Apakah?
Tak boleh buka blog yang ada pasang iklan nuffnang.
Semua pun kena bagi warning "Malware detected".
Oh,  untuk pengetahuan korang aku guna browser Google Chrome ya.
Tak tahulah kot kot Google Chrome nie yang bermasalah ke apa?!
Ada juga blogger-blogger yang lain kehilangan gambar.
Harap blog aku pun tak gitu.

Bye.
Take care.

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.